BERBAIK demi anak-anak, pelakon Yasmin Hani mendedahkan hubungannya dengan bekas suami iaitu Sha’arin Razali juga pernah berdepan situasi tegang ketika di awal penceraian mereka dahulu.
Yasmin atau Yasmin Hani Ismail Richardson, 44, berkata masyarakat tidak mengetahui mengenai perkara itu kerana mereka tidak pernah berkongsi kepada umum.
“Ramai yang berharap dapat berkomunikasi dengan bekas pasangan, setidaknya tidak disekat untuk berhubung.
Yasmin berusaha untuk menjadi ibu terbaik.
“Saya mula-mula bercerai dulu pun tidak seperti ini. Saya block dia (bekas suami) juga tapi saya tidak bercerita.
“Orang nampak apa yang cantik sahaja (hubungan baik) tetapi saya bergaduh dengan Sha’arin untuk mendapatkan masa bersama seperti sekarang hanya kami sahaja yang tahu,” katanya kepada mStar.
Sebelum ini, Yasmin dan Sha’arin meraih pujian netizen apabila dilihat pergi bercuti di Bali, Indonesia bersama anak-anak.
Biarpun ikatan perkahwinan mereka pernah gagal, namun dia tidak mahu sekali lagi gagal menjadi ibu bapa terbaik.
“Saya lakukan itu bukan untuk mendapat pujian ramai tetapi hanya kerana anak-anak.
“Kami mungkin gagal dalam perkahwinan tetapi sebagai ibu bapa kami tidak boleh gagal lagi.
Yasmin dan Sha’arin bercuti di Bali bersama anak-anak.
“Kami lakukan ini semua untuk anak-anak merasai hubungan kekeluargaan. Lagi pun kami bercuti untuk meraikan hari lahir Sha’arin,” ujarnya.
Untuk rekod, Yasmin dan Sha’arin mendirikan rumah tangga pada 2011 dan berpisah pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 11, dan Eissa Elzander Wong, 8 tahun.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.Sumber : MSTAR ONLINE
Leave a Reply