Shuk Muncul Kali Pertama Dalam Instagram Isteri Baru Dia. Ini Kata Kata Isteri Baru Shuk Sahar Kepada Dia

SELEPAS mengesahkan sudah bernikah pada November tahun lalu, buat pertama kali isteri Shuk Sahar iaitu Fara Salleh berkongsi gambar pelawak itu di media sosial miliknya.

Perkongsian itu dibuat bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran Shuk yang ke-38 pada 20 Mac.

Fara dalam ucapannya kepada suami tersayang secara bergurau berjanji akan memberi lebih banyak masalah kepada Shuk.

shuk 3

Shuk dan Fara bernikah pada November tahun lalu.

“Selamat ulang tahun suamiku. Saya berjanji akan beri lebih banyak masalah,” tulisnya.

Fara berkongsi perkara tersebut di laman Instgram miliknya pada Khamis berserta video Shuk sedang berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah.

Shuk dan Fara sebelum ini tidak pernah mendedahkan tentang perkahwinan mereka secara terbuka.

Bagaimanapun ketika dihubungi mStar, Fara akhirnya buka mulut tentang perkara tersebut namun enggan menjelaskan secara terperinci majlis pernikahan mereka.

Sementara itu, Shuk pula dalam satu temu bual podcast memberitahu dia bukan cuba menyorok perkahwinannya dengan Fara tetapi sedang tunggu masa sesuai menghebahkannya.

Kata Shuk, dia serik berkongsi tentang kisah peribadi di media sosial kerana bimbang kenyataan dikeluarkan akan disalah tafsir.

shuk 2

Shuk ada alasan sendiri tidak kongsi kisah perkahwinan.

“Sebelum ini saya selalu kongsi di media sosial dan terlampau terbuka sampaikan perkara ini ‘backfire’ saya semula,” ujarnya.

Untuk rekod ini merupakan perkahwinan kedua buat Shuk selepas sah bercerai dengan Rossa Sera pada 22 Mac tahun lalu.

Hasil perkahwinan terdahulu, Shuk dan Rossa dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.

VIDEO:

Sumber : MSTAR ONLINE

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*