Lelaki Ini Nak Mengorat Adira Tapi Tersalah Hantar Kepada Dato Red. Sekali Ini Respond Balas Dato Red

TIDAK sampai dua bulan bercerai, seorang lelaki bertindak berani menyatakan hasrat mahu memikat dan menjadikan penyanyi Adira sebagai isteri.

Perkara itu didedahkan bekas suami Adira iaitu usahawan Datuk Seri Adnan Abu yang menerima mesej daripada lelaki berkenaan.

Kata Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 46, lelaki berkenaan tersalah menghantar mesej berkenaan kepadanya mungkin disebabkan menyangka nombor telefonnya adalah milik Adira.

size NP 1 - 2024-06-04T122509.116

Adnan berkongsi paparan skrin mesej mengenai lelaki ajak Adira berkahwin.

“Ini bukan nak mengaibkan orang itu, tidak. Tak tahu mana orang itu dapat nombor telefon saya, dia ingatkan Adira.

“Dia nak bikin cerita ‘cinta’ tapi yang kau hantar dekat aku buat apa?

“Saya tak cemburu pun, saya tunjuk dekat Adira. Nak balas romantik-romantik dia tak nak,” katanya.

Adnan berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung yang dilakukannya bersama Adira di aplikasi TikTok.

Difahamkan mesej tersebut diterima oleh Adnan pada 16 dan 17 Mei lalu berdasarkan paparan skrin yang ditunjukkan usahawan itu.

Melihat pada paparan itu, individu tersebut meluahkan rasa cinta dan sayang terhadap Adira dan akan menantinya di Sabah.

Malah dia berjanji akan menjaga dan menyayanginya jika Adira menerima cintanya.

“Sayang Adira, aku benar-benar cinta kamu. Kita kahwin sayang.

“Aku janji akan menjaga dan menyayangimu. Aku tunggu kamu di Sabah. Apa kata kita bikin cerita cinta Adira?,” antara mesej yang ditulis individu tersebut.

size NP 1 - 2024-06-04T123314.241

Netizen terhibur melihat Adnan dan Adira melakukan siaran langsung bersama di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan pendedahan Adnan namun dalam masa sama mereka menasihati Adira supaya lebih berhati-hati dengan individu tidak dikenali.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Bagaimanapun ikatan perkahwinan sembilan tahun itu berakhir dengan penceraian pada 24 April lalu.

Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Manakala pada 14 Mei lalu, Adnan turut menceraikan isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hasim di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Sumber : MSTAR ONLINE

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*