GAMBAR-gambar sekeluarga memakai baju raya bertemakan Hello Kitty setiap tahun kini hanya tinggal kenangan.
Rumah tangga yang dibina selama 10 tahun berakhir dengan perpisahan apabila usahawan kosmetik, Yus Aminah Mohd Zawizah, 34, dan suami, Mohd Afizi Mohd Nasir, 41, sah bercerai talak satu pada Rabu.
Bagi yang tidak mengenalinya, wanita ini merupakan seorang usahawan kosmetik dikenali sebagai Kak Hello Kitty kerana memakai baju raya bertemakan kartun popular itu setiap tahun sejak 2015.
Afina memakai baju raya bertemakan Hello Kitty bersama suami dan anak-anak sejak 2015.
Mesra disapa Afina, dia mengakui berasa amat terkilan dan sedih terpaksa berdepan dengan perpisahan tersebut apatah lagi mengenangkan perkahwinannya yang berusia satu dekad.
Sebelum sah berpisah, jauh di sudut hati dia sebenarnya mahu mempertahankan rumah tangganya daripada berakhir dengan penceraian.
“Jujurnya, saya masih sayangkan dia (bekas suami). Saya cuba untuk mempertahankan rumah tangga kami, saya cuba sehingga ke hari sebelum kami ke mahkamah.
“Tapi dia sudah berbeza… orangnya sangat berbeza, tak lagi macam dulu. Bukan lagi seperti yang saya kenal 17 tahun dulu, bukan lagi masa berkahwin selama 10 tahun. Saya terkejut (dengan penceraian) sebab saya terasa hati dan makan hati,” katanya ketika dihubungi mStar.
Afina sekeluarga sering menjadi perhatian dengan pelbagai rekaan baju Hello Kitty.
Berasal dari Machang, Kelantan, Afina bagaimanapun menafikan cakap-cakap segelintir netizen yang mendakwa hubungannya bersama suami tidak bertahan lama gara-gara amalan pemakaian baju sedondon bertemakan Hello Kitty.
“Bukan sebab baju Hello Kitty. Bertahun-tahun suami okay je pakai baju tu bersama saya dan anak-anak,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai keretakan rumah tangganya.
Sumber : MSTAR ONLINE
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply