Netizen Komen Tentang Rumahtangga Hafiz Suip Bergolak. Sekali Ini Respond Hafiz Kepada Netizen

SEJAK kebelakangan ini nama penyanyi Hafiz Suip panas susulan rumah tangganya dengan isteri dikatakan sedang berdepan dengan masalah.

Walaupun tidak pernah mengesahkan perkara itu namun netizen masih cuba ‘menjentik’ penyanyi berusia 34 tahun itu selepas Hafiz dilihat cuba mempertahankan diri dengan membalas komen biadab segelintir pengikutnya.

Tindakan seorang individu meminta Hafiz agar tidak menggelabah dan perlu menguatkan mental apabila ramai membuat spekulasi mengenai dirinya mengundang kemarahan penyanyi lagu Awan Nano itu.

hafiz 1

Komen yang ditinggalkan netizen buat Hafiz panas hati.

Tidak hanya berdiam diri, Hafiz kembali menempelak individu tersebut menggunakan media sosial hanya sekadar untuk mengutuk orang lain.

“Kau guna media sosial ini memang untuk kutuk orang ke? Main media sosial aku nak tengok yang positif sahaja bukan benda-benda bangsat!

“Awak tak (berada) dalam kasut saya. Semoga dipermudahkan urusan,” balasnya.

Hafiz menulis perkara itu sebagai membalas komen individu tersebut di ruang komen TikTok miliknya pada Selasa.

Menerusi hantaran sama, Hafiz turut berkongsi foto bersama beberapa rakan sekolahnya yang sentiasa bersama dia ketika susah dan senang.

Hafiz memuji sikap mereka yang tidak pernah bercakap buruk tentangnya kerana mereka mengenali siapa dirinya.

“Mereka inilah yang bersama dengan aku sejak sekolah sampai sekarang.

hafiz 2

Hafiz bersama rakan-rakan sekolahnya.

“Ini pun ada lagi yang tak sempat nak ajak dan ada yang sudah terputus hubungan. Mereka tak ada buat andaian atau tuduh aku bukan-bukan sebab mereka kenal siapa aku.

“Jadi korang (netizen) apa cerita ya? Sempat ke nak minta maaf depan-depan nanti?,” katanya.

Sebelum ini, Hafiz dikatakan hilang selepas menyahaktifkan akaun Instagram miliknya pada 16 Mei lalu.

1239204

Hafiz masih berteka teki mengenai rumah tangganya.

Malah timbul pula gosip mengatakan rumah tangganya dengan isteri iaitu Nureffy Jesreel Abdullah dikatakan sedang bergolak.

Susulan itu, Hafiz tampil meminta orang ramai untuk berhenti membuat spekulasi berhubung rumah tangganya tanpa mengetahui cerita sebenar.

Untuk rekod, Hafiz memulakan kerjaya sebagai penyanyi sejak 2009 menerusi program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh.

Sumber : MSTAR ONLINE

 

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*