Kereta Hancur Tapi Dia Terselamat Selepas Dihempap Pokok. Rupanya Ini Yg Dia Amalkan Setiap Hari

Pada 7 Mei lalu, negara dikejutkan dengan insiden pokok tumbang yang berlaku di Jalan Sultan Ismail dan melibatkan kira-kira 17 kenderaan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu, seorang lelaki tempatan maut manakala dua lagi cedera selepas sebatang pokok tumbang menghempap kenderaan mereka akibat hujan lebat serta angin kuat.

Terbaharu, seorang pemuda yang merupakan salah seorang mangsa yang terselamat tampil berkongsi keadaan keretanya yang hancur menerusi hantaran di TikTok.

Dapat dilihat kenderaan jenis Perodua Bezza berwarna merah miliknya itu hancur dan ‘total lost’ akibat dihempap pokok.

Menerusi hantaran yang sama, pemuda yang dikenali sebagai Abdul Hayyi itu meluahkan rasa syukur kerana masih dipanjang umur selepas berdepan dengan situasi tersebut.

Alhamdulillah, masih diberi nafas walau ada yang anggap ‘owner’ Bezza merah sudah meninggal dunia.

Kereta (saya) musnah habis. Satu-satunya kereta untuk mencari rezeki.

Insya-Allah, takdir Allah baik-baik belaka.

Dalam pada itu, Abdul Hayyi turut berkongsi rakaman dashcam daripada kenderaannya memaparkan keadaan yang berlaku ketika kejadian tersebut.

Hantaran tersebut telah meraih perhatian dan rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur dengan Abdul Hayyi yang masih diberikan peluang untuk bernafas selepas insiden yang menyeramkan itu.

Di ruangan komen, ada juga netizen yang bertanyakan amalan dilakukan Abdul Hayyi sehingga dia dilindungi daripada musibah sedemikian.

Komen netizen

Sumber: TikTok Abdul Hayyi via Oh Bulan

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*