Selepas Chef Ammar Kena Fitnah Ketika Niaga Bazaar Ramadhan. Ini Yang Dia Keluarkan Terus

TULAR di media sosial dakwaan kononnya gerai nasi Arab milik Chef Ammar tidak lagi mendapat sambutan pelanggan seperti tahun sebelumnya.

Tengok video dibawah (minit akhir)

Kecewa dengan dakwaan itu, Chef Ammar menganggap hantaran di laman sosial itu merupakan satu sabotaj oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan perniagaannya.

“Saya pun tidak tahu kenapa boleh keluar (hantaran) macam itu. Saya kecewa hati. Walaupun Ramadan, ada orang yang nak sabotaj, kata sudah tidak beratur.

“Sebenarnya saya ikut peraturan Majlis Agama Selangor. Saya kena buka gerai pukul 3 petang. Yang ambil gambar ini tidak tahu pukul berapa. Orang yang nak beratur, mereka beratur. Kalau tak nak, suka hati mereka,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Chef Ammar turut memaklumkan dia kini tampil dengan menu baharu iaitu Beef Short Ribs.

VIDEO:

Sumber: MSTAR ONLINE

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*