Suami tak izin isteri ajak ahli keluarga datang berbuka. Rupanya sebab ini..

KEMANISAN yang berpanjangan dalam kehidupan berumahtangga merupakan impian setiap suami isteri.

Keharmonian itu tidak boleh dikecapi sekiranya tiada persefahaman atau sikap toleransi antara pasangan.

Itulah yang dirasai seorang isteri apabila ahli keluarganya tidak dibenarkan oleh suami untuk berkunjung ke rumah mereka.

Luahan tersebut dikongsikan di grup Kisah Rumah Tangga oleh wanita itu yang tidak mendedahkan identiti dirinya.

Seorang wanita mahu mengajak ahli keluarga datang berbuka di rumahnya. -Gambar hiasan

“Suami tak izinkan adik beradik saya datang ke rumah kami. Kalau nak berjumpa juga, kena jumpa dekat luar.

“Tapi kalau dengan keluarga dia, siap ajak suruh bermalam lagi. Saya nak ajak adik beradik sendiri datang berbuka dekat rumah tapi dia tak bagi datang.

“Kalau nak berbuka sama, buat dekat luar,” dia mendedahkan sikap suaminya dalam hantaran di Facebook.

Menurutnya lagi, suami memberikan pelbagai alasan untuk tidak membenarkan keluarganya datang berbuka di rumah mereka.

Antara alasan diberikan, kediaman mereka tidak boleh memuatkan ahli keluarganya yang terdiri daripada 16 orang.

Bagaimanapun katanya, suami tidak keberatan membenarkan ahli keluarganya datang ke rumah mereka sekiranya dia turut sama membayar sewa bulanan.

“Saya tak pakai duit dia pun untuk berbuka cuma nak minta izin buat dekat rumah saja. Sebagai isteri, saya sedih sebab dia tak izinkan.

“Satu, sebab alasan ramai tapi dia bukan introvert. Dengan kawan-kawan elok je dia bersosial.

“Kedua, sebab dia yang bayar sewa rumah. Kalau nak ajak famili saya datang, saya pun kena sama-sama bayar sewa rumah juga,” katanya lagi.

Bukan itu saja, wanita ini juga terkilan dengan pasangannya yang seolah-olah tidak suka melihat dia bersikap baik dengan ahli keluarga.

“Kalau saya buat baik dengan famili saya, dilabel pleaser. Macam mana saya nak puaskan hati dia kalau famili saya pun dia susah nak terima.

“Saya tahu kena taat pada suami tapi adakah patut suami layan saya dengan keluarga macam tu. Sekurang-kurangnya ada rasa ihsan,” ujarnya lagi.

Komen netizen pada hantaran tersebut.

Hantaran yang dikongsikan ini ternyata mendapat simpati netizen.

Rata-ratanya memberikan pendapat kepada wanita ini sebagaimana diminta dalam posting.

“Kalau keluarga dia datang, suruh dia masak dan kemas rumah. Awak ajak adik beradik makan dekat luar.

“Lebih baik tanya suami sebab apa tak suka keluarga sis. Apa kesalahan keluarga sis dekat dia. Kalau tak ada alasan munasabah, ceramahkan dia dulu.

“Kemudian abaikan je dia. Buat diam je seminggu. Kalau keluarga dia baik dengan sis, tak perlu balas dendam semula. Famili tak salah melainkan keluarga dia pun perangai macam dia,” komen beberapa netizen.

Sumber : MSTAR ONLINE

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*