SELEPAS dua minggu berniaga di Festival Aidilfitri Pasar Kasim Selamat bertempat di Pertama Kompleks Kuala Lumpur, pelakon Syanie dan penyanyi Azan Scan mendedahkan perniagaan mereka kurang mendapat sambutan pengunjung.
Bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak, Syanie atau Syaniza Hisham, 50, akur keadaan ekonomi tidak menentu membuatkan kuasa membeli kurang dalam kalangan pengguna.
“Kami waktu mula-mula dapat tawaran meniaga di sini rasa macam Wow sebab Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) mesti ramai orang, kemudian Pertama Kompleks dengan penghawa dingin pasti akan ramai orang datang tapi sebaliknya.
“Bila masuk minggu kedua ni memang terasa… malah nak salah kan sesiapa pun tak boleh, mungkin kita anggap orang belum gaji saja la sebab tu tak ramai yang datang singgah ke sini,” kata Syanie kepada mStar.
Dalam pada itu Syanie memberitahu dia berada dalam dilema sama ada ingin meneruskan perniagaan lokasi sama atau berkemungkinan terus menanggung kerugian.
“Saya memang dilema… sebenarnya kami akan berbincang dengan semua rakan artis untuk teruskan atau tidak, kalau hari berikutnya kami masih ada, maksudnya kami masih teruskan tapi kalau tak nampak, jadi tak ada la ya,” ujarnya.
Antara selebriti yang turut sama meniaga di Festival Pasar Kasim Selamat adalah Syanie, Azan Scan, Abon, Bocil Saywho, Mak Wan dan ramai lagi bertempat di Pertama Kompleks Kuala Lumpur.
VIDEO:
Sumber: MSTAR ONLINE
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply